BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 15 Jun 2009

Adakah anda tahu :...

Hari ini aku nak kongsi kat korang semua dengan sedikit pengetahuan am setakat apa yang aku tahu jela.. Harap korang semua dapat berkongsi maklumat dengan aku untuk akan masa datang....

Adakah anda tahu :....

*Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.

*Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 -
100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.

*Secara purata orang perempuan bercakap di dalam sehari kira-kira 20,000 perkataan adalah 3 kali ganda lebih banyak berbanding dengan golongan lelaki hanya sebanyak 7,000 perkataan sehari.

*Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak

*kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

*Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

*Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

*Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

*Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

*Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

*Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang

*Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.

*Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.

*Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen insurans.

*Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.

*Gajah Afrika hamil selama 640 hari.


YANG INI pulak, pengetahuan dalam bentuk sains yang ingin aku kongsikan untuk korang:...
erm... sambung lain kali jela... tak larat dah aku nak menulis... see you next time...

0 ulasan: