BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 23 Julai 2009

Salam semua.... Syukur Ku panjatkan ke Hadhirat Ilahi cz result periksa pun dah keluar cuma yang aku dapat tahu ada jugak 1 mata pelajaranKu kena ambil tasfiah(pengulangan periksa) untuk 1 madah ni... ape pun saya tetap bersyukur dengan apa saya perolehi... Kali saya nak cerita pasal seekor binatang. Kalau nak tahu, kene la baca dulu....

Kadang-kadang saya terfikir, mungkin sesetengah manusia ni, cam Kalkatu jugak, bukan saya nak kata tapi cuba kita perhatikan makhluk yang diberi nama Kalkatu, Kalau kita perhatikan sekumpulan Kalkatu, haiwan ni suka hinggap di benda2 yang cerah cam lampu, kalau kita tengah main komputer haiwan ni mesti hinggap kat skrin, termasuklah juga API PELITA,.. di pendekkan cerita, datang seekor Kalkatu hinggap kat api pelita, lalu mati terbakarlah ia.. Selepas itu, datang pulak kawan2nya untuk hinggap api pelita yang cerah tadi tanpa ia menghiraukan nasib yang malang akan menimpa sepertimana yang telah berlaku terhadap kawannya tadi, maka matilah sekumpulan Kalkatu tadi sebagaimana yang telah menimpa terhadap seekor Kalkatu tadi. Begitulah juga bagi sesetengah manusia, ia tahu dadah dan rokok itu mendatangkan kemudharatan dan bahaya terhadap dirinya,tetapi ia mahu juga untuk mencubanya juga,selepas itu bermulalah satu episod yang akan menjadi 'satu bahan ketagihan' yang harus diamali. Maka Lahirlah masyarakat yang rosal akal fikirannya.... Manusia tahu juga bahawa merompak, mencuri, berzina itu adalah haram dan perkara tersebut tidak elok untuk proses kehidupannya akan tetapi manusia tetap melakukannya dan terus melakukannya tanpa ia berfikir bahawa disinilah bermulanya punca 'Kenapa lahirnya masyarakat yang rosak binasa?'.. Melahirkan masyarakat yang suka mencuri, Melahirkan masyarakat anak luar nikah... Semua ini Manusia akan tahu jika sekiranya ia berFikir sebelum mengambil tindakan dengan erti kata disini bahawa MANUSIA tahu apa yang ia lakukan itu mendatangkan kemudharatan kepadanya bahkan bahaya yang menimpanya

Isnin, 20 Julai 2009

ISRA' MIKRAJ


Minta maaf kepada semua2 pem_blogger sekalian... baru hari ini ada kesempatan nak posting yg baru, nak buat cam ane? sibuk mikir hal2 berkaitan ngn program ekpon, lagipon result prekse aku dah hampir tiba masanya... sempena kita menyambut 27 Rejab hari ini, saya nak berkongsi sedikit cerita sejarah yang dialami kepada Nabi kesayangan kita Nabi Muhammad SAW...

Apa lagi kalau bukan ISRA' MIKRAJ

Isra’ dan Mikraj adalah satu peristiwa luar biasa yang melangkaui pemikiran logik akal manusia. Peristiwa ini membuktikan KeEsaan, KeKuasaan dan KeBesaran Allah yang mencipta apa yang ada dilangit dan di bumi seluruhnya serta mentadbirnya. Mengikut Ijma’ Ulama’ bahawa mana-mana orang islam yang meragui peristiwa ini adalah maka ianya terkeluar daripada islam.

Peristiwa ini telah dirakamkan didalam Al-Quran didalam surah Al-Isra’, ayat 1: “Maha Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda Kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Mengikut makna Istilahi ISRA’ bermaksud Perjalanan Nabi Muhammad SAW di satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam tempoh singkat(tidak sampai satu malam)

MIKRAJ pula bermaksud Perjalanan Nabi Muhammad SAW dari alam bawah (bumi) naik ke alam atas(langit) sampai ke tujuh langit dank e Sidratul Muntaha, iaitu dari Masjidil Aqsa di Pelestin naik ke atas melalui beberapa lapisan, menuju Baitul Makmur dan Sidratul Muntaha, ke Arasy yamg menerima perintah wahyu Allah yang mengandungi perintah untuk mengerjakan lima kali solat sehari semalam.

Pelbagai riwayat mengatakan bilakah peristiwa ini berlaku secara tepat… sebahagiannya mengatakan ianya berlaku pada awal bulan Rejab, ada yang mengatakan 12 rejab akan tetapi ramai dari kalangan Ulama’ Tarikh Islam mengatakan ianya berlaku pada 27 Rejab tahun Ketiga sebelum Rasullah berhijrah.

Sebahagian riwayat menceritakan beberapa liku kejadian dialami Baginda SAW dan pelbagai cerita dan kejadian yang aneh bermula dari awal. Pada malam itu, ketika nabi tidur di makam nabi Ismail as dekat kaabah diapit dua saudaranya, Jaafar dan Hamzah bin Abu Talib. Tiba-tiba, datang malaikat Jibrail membawanya dan membelah dadanya. Hati Baginda dibersihkan dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam, diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali dengan ‘khatimin nubuwwah’.

Selesai pembedahan, didatangkan sejenis haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasullah dalam perjalanan luar biasa itu dengan ditemani oleh malaikat Jibrail. Buraq berasal daripada Barq, beerti kilat. Buraq itu ailah binatnag atau kenderaan yang kelajuannya seperti kilat. Menurut ahli sains, kelajuan kilat itu sama seperti kelajuan cahaya iaitu 300,000 km/1s. Sampai di tempat tertentu iaitu seperti di Thaibah(Madinah), Bukit Tursina dan Baitul Laham(tempat nabi Isa as dilahirkan), Rasullah SAW diarah Jibrail berhenti dan melakukan solat dua rakaat. Dalam perjalanan itu juga, Baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Ifrit dan menyaksikan golongan yang sedang bercucuk tanam terus menuaikan hasil tanaman.

Baginda juga meyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur masyitah(tukang sikat rambut anak firaun) bersama suami dan anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan manusia memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan dengan secebis kain dan golongan lelaki dan perempuan makan daging mentah berbau busuk. Apabila hendak sampai ke Hadrathul Qudus untuk bertemu Allah SWT, Baginda didatangkan Mikraj(tangga) yang indah dari syurga. Rasullahdan Jibrail naik tangga yang pertama lalu terangkatlah mereka ke pintu langit dunia(pintu Hafzhah).

Di langit pertama Nabi SAW bertemu dengan Nabi Adam as. Baginda diperlihatkan roh syuhada’ disebelah kanan Nabi Adam as dan roh manusia yang rugi disebelah kirinya. Selepas itu, di langit kedua, Baginda bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa as. Di langit ketiga, dipertemukan dengan Nabi Yusuf as. Di langit keempat, dipertemukan dengan Nabi Idris as. Di langit kelima, bersama dengan Nabi Harun as, yang turut mengucapkan salam kepadanya. Tiba di langit yang keenam Baginda berjumpa dengan Nabi Musa as dan Nabi Ibrahim di langit Ketujuh. Di langit Ketujuh, Nabi SAW diperlihatkan alam ghaib malaikat yang setiap harinya tidak kurang daripada 70,000 malaikat keluar masuk. Kemudian, dari langit Ketujuh, Nabi SAW terus dibawa naik yang lebih atas iaitu Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

Nabi SAW diperlihatkan Sidrah dan gerak geri qalam dalam menulis, malah Baginda juga diperlihatkan malaikat Jibrail dalam bentuk yang sebenar. Baginda juga bermunajat kepada Allah SWT dan dalam munajat itu, Baginda SAW menerima perintah supaya mengerjakan solat 50 kali sehari semalam yang kemudiannya dipendekkan kepada lima waktu sahaja, selepas melalui permintaan berulang kali atas usul Nabi Musa as.

Rasullah SAW kembali ke Masjidil Haram di Makkah dengan selamat dan bersyukur kepada Allah SWT.

Antara tanda kebesaran diperlihatkan kepada Baginda SAW ialah kehebatan perjalanan itu yang hanya mengambil masa tidak sampai semalaman, menggunakan kenderaan Buraq yang tidak pernah dikenali manusia. Kehebatan perjalanan itu sukar digambarkan oleh logik akal manusia. Yang nyata, itulah bukti Kekuasaan Allah SWT yang mencabar keimanan manusia untuk menerima dengan sepenuh hati.

Setakat ini saja yang saya boleh kongsikan kepada anda semua hari ini. Harap kepada semua pembaca sekalian dapat mengambil iktibar setakat apa yang dapat dikongsikan bersama.
Ma'aSalamah........

Khamis, 25 Jun 2009

PePeRKSAan kInI bERmuLA

Aduuuhaii !!! Kini Final ExamKu semakin tiba... kadang-kadang tu, bedabar la jugak bila diFikirkan... masakan tak berdebar? sebabnya aku ni bukannya rajin sangat, result pon setakat cukup makan je, bukannya rajin sangat pon belajar... dah tu pulak aku ni, kalau duk dalam kelas tu, diam je, tak seaktif yang aku harapkan.... keluar je daripada kelas, pasti mulutku akan bersuara walaupun beberapa patah perkataan, kalau ada saja sahabat2 'sOund' selepas keluar daripada kelas, kalau hari tak baik, alamaknya memang kesian la kat si dia.... bersambung pasal tadi... kadang-kadang berdebar la jugak bila difikirkan madah @ mata pelajaran yang mungkin untuk lulus tu kene bersungguh sket.... Walau keadaan macam ni sekali pon, aku masih lagi tak sebrapa semangat nak menghafal @ nak study... macam mana la untuk tingkatkan semangat ni?.... mungkin ada beberapa perihal @ perkara lain yang menggangu aku sewaktu sekarang ning... macam-macam aku fikirkan sekarang ni...hhmmmm..... tak tahu laa.... Apa yang aku usaha sekarang ni adalah semangat untuk menghafal, apabila ada semangat, boleh la aku membaca dan menghafal..... I hope saya dapat sambung pelajaran lepas ni.. kadang-kadang di ikutkan hati aku dah tak berapa semangat dah nak belajar.... cz sometime ye mari puas & jemu.. maybe sistem pembelajaran kat sini tak ubah seperti belajar kat sekolah menengah...sometime ye datang jugak puas walaupun sekejap.

However, I hope i still and still to study... Sama2 kita bermunajat kepada Allah SWT moga2 kita diberi keberkatan didalam pembelajaran dan peperiksaan nanti. Semoga apa yang kita usahakan selama ini membuahkan hasil yang diberi nama 'Kejayaan'...

Wallahu a'alam...See U.

wah..wah..

Minta maaf kepada semua Pem_Blogger sekalian... Minggu ni saya sibuk siket.... sibuk dengan tasmi' Al-Quran la, buat bahas la, orang pinjam Laptop la sampai tak sempat nak buat new posting.... ape pun, InsyaAllah kalau ada ruang yang saya dapat manfaatkan nanti, saya akan mengaktifkan balik blog nie.... ala kulli halnya, semoga korang semua dapat doakan kejayaan untuk penduduk KUDQI yang akan menghadapi ujian getir pada 28/06/09 tak lama lagi..see U next time.

Selasa, 16 Jun 2009

Baca la dulu, baru boleh FAHAM...

SALAM.... Baru ning, saya ada buat assigment atau buat karangan pasal Sistem perbankan yang diamalkan di negara kita iaitu Malaysia. Sebagaimana semua kita ketahui bahawa dunia mempunyai dwi sistem perbankan yang diamalkan didunia pada hari ini. Iaitu Sistem Perbankan Konvensional dan Sistem Perbankan Islam. Pada kali saya rasa nak kongsi sedikit pengetahuan kepada anda apa itu Sistem Perbankan Konvensional dan Sistem Perbankan Islam yang ada pada hari ini secara ringkasnya.

Pada umumnya, sebagaimana kita ketahui, yang membezakannya adalah perkongsian terhadap riba.

Sorry la geng!! Dah lewat daa, esok aku ada kelas pulak... sambung lain kali la pulak neh.

Isnin, 15 Jun 2009

Adakah anda tahu :...

Hari ini aku nak kongsi kat korang semua dengan sedikit pengetahuan am setakat apa yang aku tahu jela.. Harap korang semua dapat berkongsi maklumat dengan aku untuk akan masa datang....

Adakah anda tahu :....

*Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.

*Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 -
100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.

*Secara purata orang perempuan bercakap di dalam sehari kira-kira 20,000 perkataan adalah 3 kali ganda lebih banyak berbanding dengan golongan lelaki hanya sebanyak 7,000 perkataan sehari.

*Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak

*kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

*Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

*Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

*Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

*Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

*Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

*Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang

*Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.

*Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.

*Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen insurans.

*Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.

*Gajah Afrika hamil selama 640 hari.


YANG INI pulak, pengetahuan dalam bentuk sains yang ingin aku kongsikan untuk korang:...
erm... sambung lain kali jela... tak larat dah aku nak menulis... see you next time...

Rabu, 3 Jun 2009

revenge of the fallen

Salam sume..korang mesti ad cerita@animasi @kartun yang korang minat dari kecik lagi kan??? kalau cam sabri&mat duan mgkn ye minat Power Rangers kot, kalau abg Yie&lukman ye minat Doraemon.. cerita ni di antara cerita yang paling aku minat dari kecik lagi sampai aku sanggup aku beli mainan TRANSFORMERS ng..kalau dulu @ sebelum ni, hanya animasi berbentuk kartun je yang keluar(cz mungkin Xdok orang kot yang dapat betul-betul menyibukkan diri dengan animasi seperti ng cz bukan senang nak buat)... tapi sekarang ng, pihak diorang telah menerbitkan cerita TRANSFORMERS dalam bentuk animasi cam real gitu..mengkagumkan(tengok TRANSFORMERS yg sebelum ni doh la, tak puas tengok sekali cerita yee)ape yang aku harap Transformers revenge of the fallen lagi BEST&GEMPAK transformers yang dah ada sebelum ni....hehe.. tapi masalahnye sekarang, aku hampir ngn final exam doh(28.06.09), yang menentukan aku ni dapat pergi ke tidak menyambung pelajaranku ke luar negara...X tau bile boleh tengok cerita ni?(lambat lagi laa aku boleh tengok)... rase cam nak tengok kat pawagam je cz nak dapatkan kepuasan bile aku menonton...hehehe...ape pon selamat menonton