BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 23 Julai 2009

Salam semua.... Syukur Ku panjatkan ke Hadhirat Ilahi cz result periksa pun dah keluar cuma yang aku dapat tahu ada jugak 1 mata pelajaranKu kena ambil tasfiah(pengulangan periksa) untuk 1 madah ni... ape pun saya tetap bersyukur dengan apa saya perolehi... Kali saya nak cerita pasal seekor binatang. Kalau nak tahu, kene la baca dulu....

Kadang-kadang saya terfikir, mungkin sesetengah manusia ni, cam Kalkatu jugak, bukan saya nak kata tapi cuba kita perhatikan makhluk yang diberi nama Kalkatu, Kalau kita perhatikan sekumpulan Kalkatu, haiwan ni suka hinggap di benda2 yang cerah cam lampu, kalau kita tengah main komputer haiwan ni mesti hinggap kat skrin, termasuklah juga API PELITA,.. di pendekkan cerita, datang seekor Kalkatu hinggap kat api pelita, lalu mati terbakarlah ia.. Selepas itu, datang pulak kawan2nya untuk hinggap api pelita yang cerah tadi tanpa ia menghiraukan nasib yang malang akan menimpa sepertimana yang telah berlaku terhadap kawannya tadi, maka matilah sekumpulan Kalkatu tadi sebagaimana yang telah menimpa terhadap seekor Kalkatu tadi. Begitulah juga bagi sesetengah manusia, ia tahu dadah dan rokok itu mendatangkan kemudharatan dan bahaya terhadap dirinya,tetapi ia mahu juga untuk mencubanya juga,selepas itu bermulalah satu episod yang akan menjadi 'satu bahan ketagihan' yang harus diamali. Maka Lahirlah masyarakat yang rosal akal fikirannya.... Manusia tahu juga bahawa merompak, mencuri, berzina itu adalah haram dan perkara tersebut tidak elok untuk proses kehidupannya akan tetapi manusia tetap melakukannya dan terus melakukannya tanpa ia berfikir bahawa disinilah bermulanya punca 'Kenapa lahirnya masyarakat yang rosak binasa?'.. Melahirkan masyarakat yang suka mencuri, Melahirkan masyarakat anak luar nikah... Semua ini Manusia akan tahu jika sekiranya ia berFikir sebelum mengambil tindakan dengan erti kata disini bahawa MANUSIA tahu apa yang ia lakukan itu mendatangkan kemudharatan kepadanya bahkan bahaya yang menimpanya

0 ulasan: